Hishammuddin jamin veteran ATM tidak pernah dipinggir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan sentiasa memastikan agenda veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan dipinggirkan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin(gambar).

Beliau berkata veteran ATM diberikan keutamaan dalam pelbagai agenda termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“Malah, dalam program hari ini juga 900 unit rumah dikhaskan kepada mereka bagi membela kebajikan mereka sekeluarga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pra-Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perhimpunan aman yang bakal dibuat veteran ATM Jun ini, berikutan mendakwa kebajikan mereka diabaikan kerajaan.

Hishammuddin turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai cadangan atau pandangan untuk berhubung terus dengan pihaknya, supaya penyelesaian dan tindakan terbaik boleh diambil.

Katanya, berkata beliau sama sekali tiada masalah untuk mendekati dan melibatkan diri secara langsung dengan mereka yang benar-benar ikhlas membela kebajikan kumpulan berkenaan.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image