ROM: Kementerian Luar Itali pada Jumaat mengesahkan kereta milik pegawai kanan di Kedutaan Itali di Athens musnah dalam satu letupan bom api, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Menurut kementerian terdapat juga percubaan untuk membakar sebuah lagi kereta apabila koktail Molotov (bom botol) yang separuh terbakar ditemukan di lokasi kejadian.

“Saya menyatakan solidariti peribadi saya dan kerajaan kepada Kaunselor I kedutaan Itali di Athens, Susanna Schlein dan bimbang dengan serangan itu yang mungkin bersifat anarki,“ kata Perdana Menteri Giorgia Meloni dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya mengikuti rapat perkembangan kes itu antaranya menerusi maklumat daripada Menteri Luar Antonio Tajani yang melawat Athens hari ini. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image