KUALA LUMPUR: Sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan industri halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar).

“Jaminan halal yang saya maksudkan ini merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di sini, hari ini.

Menurut perdana menteri, kini terdapat lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf halal dengan lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada undang-undang Syariah,” katanya.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image