SEREMBAN: Bahagian hadapan sebuah rumah teres roboh akibat tanah runtuh di Taman Sri Anggerik, Rantau, di sini petang semalam, berikutan hujan berterusan sejak tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata kejadian tanah runtuh itu turut merisikokan tiga lagi rumah di kawasan terbabit.

“Tiga orang daripada dua keluarga telah berpindah ke rumah saudara masing-masing. Pemantauan akan dilakukan di kawasan tersebut setiap dua jam sebelum pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengambil tindakan penyelenggaraan awal pagi esok,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya insiden itu juga di bawah pemantauan MBS kerana kejadian sama pernah berlaku pada 11 Nov lepas melibatkan runtuhan bahagian tebing sungai iaitu berhampiran kawasan perumahan tersebut.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image