ATHENS: Seorang pegawai Tentera Udara Greece berusia 29 tahun terkorban manakala juruterbangnya dilaporkan hilang selepas sebuah pesawat terhempas ke dalam laut di barat Greece pada Isnin, menurut kementerian pertahanan Greece.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan juruterbang jet pejuang F-4 Phantom Tentera Udara Greece berusia 31 tahun itu, lapor Xinhua.

Tragedi itu dilaporkan berlaku ketika sesi latihan penerbangan berhampiran lapangan terbang tentera Andravida di semenanjung Peloponnese.

Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou dan Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image