ARAU: Perikatan Nasional (PN) telah mengesan kempen pengedaran risalah palsu yang memaparkan wajah calon PN kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Risalah tersebut mengajak orang ramai mengundi BN.

Justeru, wakil calon PN Arau, Mohd Faizal Mohd Arif, berkata laporan polis dibuat kerana melihat edaran risalah itu sebagai tindakan yang boleh mengelirukan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

“Pada mulanya saya menerima satu pesanan WhatsApps dalam satu group Arau yang memaklumkan terdapat beberapa risalah yang telah tersebar luas di kawasan Parlimen Arau.

“Pada risalah itu tertera yang kononnya Shahidan akan bertanding bagi Parlimen Arau atas tiket BN dan tertera marilah bersama-sama kita mengundi BN,” katanya ketika ditemui di hadapan Balai Polis Arau. di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image