ROMPIN: Sebuah syarikat tempatan, Berezki Enterprise menjalin kerjasama dengan 60 orang pekebun di Kampung Merchong, Pekan, dekat sini bagi meningkatkan pengeluaran tanaman kenaf untuk memenuhi pasaran tempatan dan luar negara.

Pengarah Urusannya Mohd Farid Ahmad berkata sebagai permulaan syarikat itu menyasarkan untuk menanam kenaf secara berkelompok di kawasan seluas 60 hektar.

Beliau berkata usaha itu merupakan inisiatif bagi membawa pekebun yang mengusahakan tanaman kenaf secara kecil-kecilan ke tahap lebih tinggi.

“Kerjasama ini dibuat antara syarikat kami bersama 60 orang pekebun dan mereka ini merupakan penanam padi yang sudah pun menanam kenaf untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

“Kita melihat penanaman kenaf secara berkelompok lebih berkesan berbanding individu kerana lebih teratur, mudah diurus dan menjimatkan kos untuk mendapatkan pulangan maksimum,“ katanya kepada Bernama di sini.

nyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian, meningkatkan pendapatan pekebun terlibat sekali gus menjana ekonomi kawasan setempat.

“Industri kenaf ini amat besar dan saya amat berharap pihak kerajaan memberikan sokongan penuh kepada kami dan pekebun kenaf. Buat masa ini mereka hanya menghantar bahan mentah kenaf ke Pusat Industri Kenaf (PIK) di Tebu Hitam, di sini untuk diproses menjadi fiber tetapi siapa tahu satu hari nanti kami boleh keluarkan produk sendiri,“ katanya.

Pekebun, Mohd Latif Ali, 51, berkata dia menyambut baik projek yang dijalankan oleh syarikat Berezki Enterprise kerana menyedari pulangan lebih baik dapat dinikmati kelak.

“Sukar untuk pergi lebih jauh jika kita bergerak berseorangan dalam industri tanaman kenaf ini atas pelbagai kekurangan seperti tanah, modal dan teknologi, dengan kerjasama pihak swasta serta bantuan diberikan kerajaan saya yakin ia lebih mudah untuk dijayakan,“ katanya.

Sebelum ini media melaporkan, tanaman kenaf di Pahang melibatkan kawasan seluas 641 hektar diusahakan 509 petani, menjadikan negeri ini sebagai pengeluar utama bahan mentah kenaf di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 6,000 tan kenaf kering bernilai RM3 juta semusim tahun ini.

Kenaf yang banyak digunakan dalam industri pulpa dan kertas sebagai bahan penyerap bunyi, papan serpai dan makanan ternakan juga dilihat berpotensi memenuhi permintaan industri pembinaan tempatan dianggarkan bernilai RM10 juta setahun selain dieksport ke luar negara.- Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image