ANKARA: Tanah runtuh yang berlaku di Cameroon pada Ahad mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Kejadian itu berlaku ketika orang ramai berkumpul di kejiranan Damas di Yaoundé untuk menghadiri pengebumian ahli keluarga mereka, menurut Radio dan Televisyen Cameroon (CRTV).

Gabenor wilayah Naseri Paul Bea turut melawat lokasi kejadian, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image