Tiada sebarang kecederaan dikesan OKT mati mengejut dalam mengejut dalam lokap di Kajang

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kecederaan dikesan, hasil bedah siasat terhadap seorang lelaki warga tempatan yang mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Kajang dekat sini, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad(gambar) berkata bedah siasat ke atas lelaki tersebut dijalankan di Hospital Kajang, Selangor semalam.

“Punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. Bagaimanapun, sampel telah diambil bagi tujuan ujian makmal dan analisa untuk siasatan lanjut punca kematian.

“Ujian pengesanan Covid-19 juga dibuat ke atas si mati dan keputusannya negatif. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS, akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Semalam, seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Kajang.

Azri dilaporkan berkata lelaki berusia 45 tahun itu telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berikutan tiada penjamin, OKT ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang sebelum dihantar ke Penjara Satelit Beranang dekat sini, bagi tahanan reman.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image