Hanya tinggal 36 mangsa banjir di Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang masih ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kota Belud kekal 36 mangsa daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan hanya satu PPS itu masih dibuka manakala PPS lain ditutup setelah mangsa dibenarkan pulang kerana keadaan banjir telah pulih.

Sebelum ini, sebanyak 11 daerah dan melibatkan 152 kampung di Sabah terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat Sabtu lepas, namun kini keadaan banjir hampir pulih sepenuhnya. - Bernama