PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan secara dalam talian dengan syarikat gergasi teknologi Google hari ini.

Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.

“Apa yang kita fokus sekarang ini ialah pertumbuhan ekonomi dan saya lihat kita menerima banyak minat daripada pelabur asing,” kata beliau pada majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar juga berkata baru-baru ini, Microsoft telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM10.5 bilion di Malaysia.