KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa, Zhou Chunguang, 51, ditemukan dua pelancong lain kira-kira 1.15 tengah hari, yang kemudian meminta bantuan penyelamatan daripada pengawal pantai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Zhou bersama isterinya memasuki pulau itu menggunakan bot pelancong kira-kira 10 pagi.

“Pada 12.45 tengah hari mangsa dikatakan mandi bersendirian manakala isterinya berada di kawasan pantai, sebelum mangsa ditemukan sekitar 30 minit kemudian.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke pantai dan diberikan bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata Zhou kemudian dibawa ke daratan untuk dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Mayat dibawa ke hospital (HQE 1) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifkasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image