(Video) Ribut landa enam lokasi di Langkawi

09 Aug 2019 / 22:04 H.

LANGKAWI: Enam lokasi di pulau peranginan ini dibadai ribut dalam kejadian bermula lewat petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, enam lokasi itu ialah Kedawang, Bohor, Padang MatSirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

“Hujan lebat beserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.00 malam menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok.

“Di jalan-jalan utama terdapat pokok yang tumbang dan menghalang lalu lintas,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terperinci berhubung jumlah kerosakan akibat ribut itu.

“Laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Ketika ini koordinasi pengurusan bersama agensi lain sedang dilakukan di kawasan terjejas,“ katanya. — Bernama

email blast