Bekas Presiden AS Bill Clinton positif Covid-19

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Clinton, 76, menerusi ciapan di Twitter memaklumkan bahawa beliau hanya mengalami “gejala ringan”, lapor Xinhua.

Beliau menggesa “orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19, terutamanya musim sejuk bakal tiba”.-Bernama