KUALA TERENGGANU: Bangkai seekor penyu agar betina ditemukan terdampar di pesisir Pantai Pandak dekat Chendering di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 5.18 petang dan penguat kuasa jabatan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati penyu seberat 15 kilogram yang dianggarkan berusia antara empat hingga lima tahun itu mengalami kecederaan di bahagian matanya.

“Punca kematian belum dapat dikenal pasti, namun saya berpandangan penyu ini mungkin lemas terperangkap di dalam pukat,“ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata bangkai penyu tersebut telah ditanam di kawasan bersesuaian di sekitar Pantai Pandak dan ini adalah kematian penyu agar ke-38 yang direkodkan pada tahun ini.

Justeru beliau menasihatkan orang awam agar menghubungi Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau talian 03-88885019 sekiranya menemukan penyu hidup atau mati terdampar di pantai. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image