BATANG KALI: Kerja-Kerja pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands susulan insiden tanah runtuh pada Disember 2022 dijangka siap Jun depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata projek pembaikan yang melibatkan kos kira-kira RM19 juta itu telah mencapai 86 peratus dengan kerja-kerja yang bakal disiapkan termasuk rel adang dan binaan dinding.

Ahmad Maslan berkata ketika ini, hanya satu laluan dibuka kepada pengguna yang mendapat kebenaran khas iaitu pekerja di Genting Highlands atau mereka yang memiliki rumah di Batang Kali dan Hulu Selangor.

Beliau berkata laluan itu dijangka dibuka sepenuhnya pada 1 Julai ini.

Insiden tanah runtuh pada 16 Dis 2022 telah menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm yang mengakibatkan 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak terkorban.