LAHAD DATU: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Tabanak di sini semalam selamat dikebumikan petang ini.

Jenazah anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis pada 5.30 petang.

Terdahulu, proses bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Lahad Datu manakala solat jenazah berlangsung di Masjid At-Taqwa Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini.

Turut hadir memberi penghormatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinian Jais.

Dzulbaharin telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang baharu pada 1 April lepas menggantikan ACP Dr Rohan Shah Ahmad.