Cawangan 3S baru Proton dibuka di Pulau Pinang

AUTOBINEE Oriental Sdn Bhd pada minggu yang lalu telah secara rasmi membuka pusat 3S Proton yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf di Pulau Pinang.

Cawangan tersebut menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti, serta merupakan sebahagian daripada strategi rangkaian Proton yang dibina untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada pelanggan.

Autobinee Oriental adalah pusat 3S yang pertama di negeri ini mempamerkan identiti Proton baharu dan telah dirasmikan oleh timbalan CEO Proton Datuk Radzaif Mohamed.

Pusat 3S tersebut terletak di pertengahan di Jalan Air Itam dan mudah untuk dikunjungi.

Sebanyak RM1 juta telah dilaburkan untuk membina dan melengkapinya, di atas kawasan seluas 703 meter persegi serta dilengkapi empat ruang servis dan empat mesin pengangkat.

Autobinee Oriental adalah antara pengedar terawal Proton dan telah beroperasi sejak tahun 1989.

Ia juga menyediakan kemudahan seperti WiFi percuma, ruang minuman dan ruang menunggu serta tapak meletak kereta yang banyak untuk keselesaan pelanggan.