SEARCH

Honda Wave Alpha dengan wajah baru

05 Dec 2019 / 17:25 H.

BOON Siew Honda hari ini memperkenalkan model Honda Wave Alpha yang tampil dengan rekabentuk moden yang bergaya, ditambah dengan rekaan jalur grafik serba baru.

Wave Alpha baru ini dilengkapi dengan penutup bahagian hadapan yang menawan, menggabungan lampu isyarat hadapan yang disatukan dengan penutup bahagian badan motosikal.

Vivacity Red, rim tetuang.
Vivacity Red, rim tetuang.

Ini secara tidak langsung menghasilkan pacuan aerodinamik yang lebih baik, diperkuatkan lagi secara visual dengan rekaan jalur grafik baru.

Kenyamanan penumpang belakang diperhalus dengan pemegang genggaman berbahan getah yang selesa, khusus untuk model rim/roda tetuang (cast wheel).

Pearl Nightfall Blue, rim tetuang.
Pearl Nightfall Blue, rim tetuang.

Honda Wave Alpha yang sinonim dengan trend semasa diberi harga yang sangat berpatutan di segmen motosikal dengan enjin berkapasiti 110cc.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang praktikal seperti ruang simpanan luas di bawah tempat duduk, tangki bahan api sebesar 3.7 liter serta kemudahan sistem penghidup secara tendang dan elektrik.

Clipper Yellow, “rim lidi”.
Clipper Yellow, “rim lidi”.

Enjinnya satu silindernya yang jimat bahan api dan berpenyejukan udara boleh menghasilkan 8.2 kuasa kuda pada 7,500rpm dan tork 8.42Nm pada putaran enjin 5,500rpm.

Honda Wave Alpha ini ada tiga warna pilihan – Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow, dan motosikal ini datang dengan dua varian, jenis “rim lidi” dan rim tetuang.

Vivacity Red, “rim lidi”.
Vivacity Red, “rim lidi”.

Varian dan harga adalah seperti berikut: Wave Alpha roda tetuang: RM4,589, Wave Alpha “rim lidi”: RM4,339. Kedua-dua harga disertakan warranty kilang selama dua tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu.

$!Pearl Nightfall Blue, “rim lidi”.
Pearl Nightfall Blue, “rim lidi”.

email blast