Proton hasilkan pelindung muka untuk ‘frontliner’ kita

PROTON sekali lagi mengambil bahagian dalam usaha untuk membantu dan menyokong petugas barisan hadapan negara menentang penyebaran wabak Covid-19.

Selepas meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), syarikat tersebut sedang menghasilkan pelindung muka, iaitu komponen penting Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk pekerja kesihatan.

$!Proton hasilkan pelindung muka untuk ‘frontliner’ kita

Operasi pengeluaran telah bermula pada 13 April di ibupejabat Proton di Shah Alam, di mana peralatan tersebut akan dihasilkan oleh kakitangan Proton yang melakukannya secara sukarela.

Proton menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 60,000 pelindung muka dalam tempoh selama kira-kira 20 hari.

"Sebagai sebuah jenama automotif kebangsaan, usaha Proton ini didorong oleh tanggungjawabnya untuk membangunkan industri kereta tempatan dan juga untuk menyokong negara dan rakyat Malaysia sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan,” kata Datuk Radzaif Mohamed, timbalan ketua pegawai eksekutif Proton.

$!Proton hasilkan pelindung muka untuk ‘frontliner’ kita

“Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kereta, maka itu kami menggunakan kelebihan tersebut untuk menghasilkan PPE dalam usaha menyokong wira-wira barisan hadapan negara dalam membendung penyebaran Covid-19.

“Pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan kami akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah."

Mengikut kepada peraturan yang ditetapkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membenarkan sekumpulan kecil kakitangannya bekerja bagi menghasilkan pelindung muka tersebut di Shah Alam.

$!Proton hasilkan pelindung muka untuk ‘frontliner’ kita

Pergerakan dan waktu kerja mereka akan dipantau untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

"Bagi memastikan syarikat mematuhi peraturan PKP, Proton telah mengehadkan bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut.

“Keselamatan mereka adalah penting, jadi kami akan mengamalkan penjarakan sosial dan melakukan sanitasi setiap masa di kawasan pengeluaran peralatan tersebut.”

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image