KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), setelah tewas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Setakat 1.22 pagi Ahad, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang di kerusi Parlimen Kubang Kerian di Kelantan, manakala Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan pula menang di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image