JOHOR BAHRU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kluang dan Pontian sejak Ahad lepas akibat banjir kilat, ditutup hari ini selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Kluang yang sebelum ini menempatkan 10 mangsa dari Kampung Sungai Linau, ditutup pada 10 pagi tadi.

“SK Seri Anom di Pontian pula ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi setelah dibuka pada Rabu lepas bagi menempatkan penduduk sekitar Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image