PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya seperti gambar perkahwinan mereka yang tular pada Ahad.

Abdul Hamid difahamkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat DSP.

Pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim difahamkan bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu.

Gambar perkahwinan tersebut menjadi tular menerusi media sosial yang dikongsikan sejak pagi Ahad.