KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

Anak Allahyarham Abdul Rahmat Omar mengesahkan pemergian bapanya pada usia 85 tahun itu menerusi kenyataan ringkas pagi ini.

Abdul Rahmat berkata pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam, Selangor dan dijangka dibawa ke Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.