KABUL: China terus komited menyalurkan bantuan kepada Afghanistan yang terjejas akibat gempa bumi, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan mandiri negara itu, kata Duta China ke Afghanistan, Wang Yu.

Beliau berkata China melakukan sedaya yang mungkin untuk menyegerakan pemberian lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan setelah negara itu diuji dengan bencana berkenaan sejak kebelakangan ini.

“Pada 30 Jun, Palang Merah China menyerahkan bantuan barangan seperti khemah, katil lipat dan kit pertolongan cemas kepada Afghanistan melalui penerbangan sewa khas, di samping menyampaikan bantuan tunai kepada ARCS untuk membantu mangsa bencana,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan (ARCS), di sini, pada Ahad.

Hadir sama Presiden ARCS, Maulvi Matiul Haq Khalis yang turut menzahirkan penghargaan atas bantuan China.

Beliau berharap hubungan antara Palang Merah China dengan ARCS dapat terus diperkukuh bagi memastikan sokongan dan bantuan dari segi ekonomi, sains dan teknologi serta perubatan terus disalurkan kepada Afghanistan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image