KUALA LUMPUR: Sejumlah 23,085 kes harian baharu direkod sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (6 Ogos-11 Ogos 2022), menurun sedikit berbanding 24,214 kes untuk tempoh yang sama (30 Julai-4 Ogos 2022).

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, angka kes harian baharu berada di bawah paras 5,000 dengan yang tertinggi sebanyak 4,896 kes pada 10 Ogos 2022.

Semalam (11 Ogos) sebanyak 4,831 kes harian baharu dilaporkan termasuk enam (6) kes import. Terdapat 10 kes kematian pesakit Covid-19, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 57 kes. Kumulatif kes kematian akibat Covid-19 setakat ini sebanyak 36,066 kes.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59 malam 11 Ogos 2022, daripada 4,831 kes, dua buah negeri mencatat kes empat angka iaitu Selangor (1,673) dan WP Kuala Lumpur (1,012).

Sembilan (9) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Sabah (360), Perak (356), Negeri Sembilan (316), Pulau Pinang (210), Melaka (155), Johor (144), WP Putrajaya (141), Kedah (124) dan Sarawak (115).

Kes dua angka dilaporkan di Pahang (79), Kelantan (75), Terengganu (46) dan WP Labuan (19). Perlis mencatat kes satu angka (6).

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 6 Ogos hingga 11 Ogos 2022:-

6 Ogos (4,684), 7 Ogos (2,728), 8 Ogos (2,863), 9 Ogos (3,083), 10 Ogos (4,896) dan 11 Ogos (4,831).

Kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 Julai hingga 5 Ogos 2022:-

30 Julai (4,271), 31 Julai (2,783), 1 Ogos (3,213), 2 Ogos (4,204), 3 Ogos (5,330), 4 Ogos (4,413) dan 5 Ogos (3,927).

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

6 Ogos (5,633), 7 Ogos (4,798), 8 Ogos (3,541), 9 Ogos (7,972), 10 Ogos (2,298) dan 11 Ogos (7,776).

Sementara itu, sebanyak 3,362 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 11 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,642,078 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lima (5) kluster baharu iaitu satu (1) pada 6 Ogos (kumpulan berisiko tinggi-Perak), satu (1) pada 9 Ogos (pendidikan-Perak) dan tiga (3) pada 10 Ogos (kumpulan berisiko tinggi 1-Pulau Pinang, pendidikan 1-WPKuala Lumpur dan tempat kerja 1-WPKuala Lumpur).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,051 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 11 Ogos, 26 kluster masih aktif.

Data CovidNow KKM setakat pukul 11:59 mlm 11 Ogos 2022 menunjukkan sebanyak 44,044 kes (96.4 peratus) dikuarantin di rumah daripada 46,081 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 33 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,584 kes (3.4 peratus) di hospital; 20 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 40 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image