JAKARTA: Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Polis Daerah Kalimantan Timur berkata, rempuhan berlaku di persimpangan Muara Rapak, Balikpapan, pada kira-kira pukul 6.15 pagi (Waktu Indonesia Tengah), hari ini.

Pemandunya seorang lelaki Balikpapan berusia 48 tahun membawa kontena yang sarat dengan cecair kapur untuk rawatan air apabila ia merempuh kenderaan dan motosikal di simpang itu.

Video menunjukkan dua kenderaan pacuan empat roda, dua kereta, dua van mini, enam kenderaan pelbagai guna dan 14 motosikal rosak teruk di tempat kejadian.

Pemandu lori itu mendakwa dia menukar pemanduannya ke gear rendah untuk memperlahankan kenderaannya apabila menghampiri kawasan itu dan cuba menekan brek, tetapi tidak berfungsi, kata kenyataan itu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca nahas. - Bernama

Lihat rakaman CCTV kejadian disini: https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=1026286324899619&external_log_id=6173a094-7d75-4010-b5ed-888b37d59cf5&q=kalimantan%20accident

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image