JAKARTA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 5.8 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran Nusa Tenggara Barat pada 3.40 petang waktu tempatan pada Ahad.

Menurut agensi geofizik negara BMKG, pusat gempa berada kira-kira 70 kilometer barat laut Bandaraya Bima dan gegaran berlaku pada kedalaman kira-kira 29 kilometer.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak mencetuskan tsunami.

Gegaran turut dirasai di bandar dan kawasan sekitarnya termasuk Makassar, Dompu, Labuan Bajo, Sumbawa Besar dan Sumbawa Barat.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama