KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON 97 kekal RM4.70 seliter manakala RON95 dan diesel turut kekal bagi tempoh 2 hingga 8 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol RON 95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image