TOKYO: Mekanisme harga siling yang dicadangkan negara-negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) bagi mengimport minyak Rusia, dijangka ditetapkan pada paras separuh daripada harga import semasa, kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Ahad.

Mekanisme itu, dilihat sebagai sebahagian daripada sekatan G7 terhadap Rusia bagi mengurangkan sumber kewangan negara itu dalam usahanya menyokong operasi ketenteraan di Ukraine, menurut Jiji Press.

Kishida berkata, “Kami akan mewujudkan satu mekanisme di mana masyarakat antarabangsa tidak akan membeli minyak Rusia pada harga lebih tinggi daripada had yang telah ditetapkan.”

Sekatan yang dikenakan oleh G7, termasuk Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah terhadap Rusia, mengakibatkan kenaikan harga tenaga di seluruh dunia.

Meskipun jumlah eksport minyak Rusia menurun, hasil negara itu dilihat tidak terjejas. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image