LISBON: Lebih 16,000 hektar tanah di kawasan perlindungan terbesar di Portugal, Taman Serra da Estrela, musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula Sabtu lalu, lapor Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah pada Jumaat.

Kebakaran terus merebak di bahagian tengah negara ini iaitu wilayah terbesar dan kira-kira 1,600 anggota bomba, 470 trak, dan 18 pesawat telah dikerah untuk memadamkan kebakaran, menurut Pihak Berkuasa Kecemasan dan Perlindungan Awam Kebangsaan, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Portugal Antonio Costa berkata punca kejadian itu akan disiasat dengan terperinci untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Lebih 2,700 anggota bomba masih bertungkus lumus memadam 250 lagi kebakaran di seluruh negara dengan dibantu 853 kenderaan darat dan udara. - Bernama