KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beliau telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, beliau mendakwa ditahan walaupun dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara esok.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,“ katanya di status itu.

Status itu bagaimanapun tidak memaklumkan sebab penahanan.

Beliau merupakan antara yang lantang bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini.