KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun bernilai lebih RM1.5 juta bagi pelbagai kesalahan berkaitan merokok dalam operasi yang dijalankan sejak awal Jan hingga hari ini di seluruh negeri Pahang.

Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata dalam operasi pada 26 dan 27 Mei di Kuantan, Temerloh dan Bentong sahaja pihaknya telah mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bernilai RM112,350.

“Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image