KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” menurut kenyataan itu. - Bernama