NEW DELHI: Pelawak popular Bollywood, Raju Srivastava, meninggal dunia pada Rabu, pada usia 58 tahun.

Srivastava mengalami serangan jantung ketika bersenam di gimnasium pada 10 Ogos lepas dan dimasukkan ke Institut Sains Perubatan India (AIIMS) New Delhi.

Beliau berlakon dalam beberapa filem popular Bollywood termasuk ‘Maine Pyaar Kiya” yang mengetengahkan Salman Khan sebagai pelakon utama, dan “Baazigar” bersama bintang terkemuka Shah Rukh Khan.

Dilahirkan di bandar Kanpur di utara India, persembahan komedinya mengambarkan situasi kehidupan harian di India.

Dewan Undangan Negeri Uttar Pradesh bertafakur selama dua minit untuk memberi penghormatan kepada pelawak itu.

Menteri Kebudayaan India G. Kishan Reddy berkata mendiang adalah “pelakon berbakat, yang mampu membuat semua orang ketawa.” - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image