JOHOR BAHRU: Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Scientex, Pasir Gudang, Rabu lepas.

Muhammad Rahim Ahmad, 26, dituduh menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berdekatan Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang, pada 11.30 pagi, 11 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Zulhilmi Ibrahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Jun untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image