KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi, Anwar mendoakan semoga urusan keluarga mendiang dipermudahkan serta mendoakan keluarga kuat dan cekal menghadapi khabar duka berkenaan.

“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang. Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini,” kata perdana menteri.

Berita kematian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam kepada Bernama hari ini dan menurutnya mendiang meninggal dunia pada 12.15 tengah hari tadi di sebuah hospital swasta di sini.

Sri Ram dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu minggu lepas kerana jangkitan paru-paru. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image