SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 peringkat negeri, malam ini.

Majlis anjuran kerajaan negeri itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Acara sambutan tahun ini, diadakan di dua lokasi iaitu di Dataran Kemerdekaan serta di Dewan Bankuet dan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menggaul ‘yee sang’ bersama ADUN berbangsa Cina, sebagai simbolik perayaan berkenaan.

Tetamu juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian singa, tarian naga, opera cina dan pukulan gendang.

Pada tahun ini, Kerajaan Selangor menyediakan 2,000 angpau elektronik bernilai RM10,000 secara keseluruhan buat tetamu yang hadir. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image