Tidak dibenarkan pulang ke bandar

PUTRAJAYA: Warganegara yang akan pulang ke bandar dari kampung halaman masing-masing tidak akan dibenarkan pulang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata.

Menteri Pertahanan itu berkata ini adalah untuk mengurangkan kemungkinan penyebaran wabak Covid-19 kerana ia akan bercanggah dengan tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kadar pematuhan ke arah MCO telah meningkat kepada 95% pada hari ini, masih terdapat peningkatan bilangan orang yang kembali ke bandar-bandar utama.

Ismail berkata pihak polis telah ditempatkan di 23 plaza tol yang berbeza di seluruh negara untuk mengawasi situasi berkenaan.

“Pihak polis akan menghalang kemasukan sesiapa sahaja yang baru pulang dari kampung, sama ada dia baru pulang dari tempat kerja atau hanya mahu pulang ke rumah.

“Mereka (warganegara) akan diminta untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Jadi, jika sesiapa merancang untuk pulang ke rumah, sila kekal di mana sahaja kamu berada. Pihak polis tidak akan beri laluan.” beliau memberitahu dalam sebuah sidang akhbar, di sini, hari ini.

Ismail berkata pada Isnin, sebanyak 1,028 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara dengan 163,687 kenderaan diperiksa untuk memastikan rakyat mematuhi tempoh 14 hari PKP, yang berakhir pada 31 Mac.

Beliau berkata sebanyak 28 individu juga telah ditahan kerana gagal mematuhi perintah polis, dengan 46 kertas siasatan dibuka secara kesuluruhan, dan 695 laporan polis dibuat dalam tempoh PKP.

“Saya juga diberitahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memulakan siasatan ke atas 85 kes penyebaran berita palsu, enam daripadanya telah dituduh di mahkamah,“ katanya.

Ismail juga mengambil maklum bahawa kebanyakan rakyat Malaysia akan menerima gaji bulanan mereka dalam minggu akan datang, dan berkata ini dijangka akan menyebabkan kesesakan di bank dan mesin juruwang automatik (ATM).

Memandangkan ini, beliau berkata polis, tentera dan anggota keselamatan mungkin ditempatkan di lokasi-lokasi ini untuk memastikan keadaan masih terkawal.

“Mungkin kita juga memerlukan bank untuk hanya membenarkan bilangan orang yang terhad ke premis mereka pada satu-satu masa,“ katanya.

Melihat kepada situasi ini, beliau berkata polis, tentera dan pihak keselamatan akan diletakkan di tempat-tempat ini untuk memastikan keadaannya terkawal.

“Berkemungkinan kita juga akan meminta bank-bank untuk mengehadkan bilangan orang memasuki premis mereka dalam satu masa.”

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image