KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menetapkan 19 April ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanitanya dengan menolak wanita dari Thailand itu daripada tingkat 23 kondominium di Setia Alam, Februari lepas.

Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili V. Nathan, 37, ketika dihubungi berkata kes itu akan dibut dihadapan Majistret Magistrate Mohamad Redza Azhar Rezali pukul 9 pagi pada tarikh berkenaan.

Sebelum ini mahkamah memutuskan 7 Jun sebagai tarikh sebutan kes, namun tarikh baharu kini ditetapkan selepas timbul perkembangan baharu dalam kes berkenaan.

Nathan menghadapi pertuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam di sini pada 10.02 malam 28 Feb lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dengan 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati jika disabit kesalahan.