KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawahnya sentiasa komited dalam memberikan sokongan dan membantu masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setiap insan mesti berusaha untuk mengubah kehidupan mereka kerana kejayaan yang dicapai akan lebih bermakna dengan usaha sendiri.

“Kepada yang telah dikurniakan lebihan rezeki oleh Allah, marilah bersama-sama berkongsi rezeki kepada yang memerlukan dan teruslah menjadi pohon rendang agar lebih ramai lagi boleh tumpang berteduh dan mengecap kebahagiaan bersama.

“Selamat Hari Raya Aidilifitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam hantaran di Facebooknya hari ini.