BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan di Jalan Kubang Semang-Penanti, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba (JBPM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa Musa Ali, 57, maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa yang memandu bersendirian di dalam kereta Perodua Myvi itu dipercayai telah terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan dan menyebabkan dia tersepit,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dikeluarkan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.