NEW DELHI: Polis India telah menahan dua pekerja hotel berhubung pembunuhan seorang wanita Uzbekistan yang melawat hab perniagaan di selatan Bengaluru.

Wanita berusia 27 tahun itu tiba di bandar berkenaan pada 5 Mac dan ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada 13 Mac.

Polis pada Jumaat menahan dua lelaki berhubung pembunuhan itu, menurut laporan media tempatan.

Suspek - dalam lingkungan usia 20-an dan berasal dari negeri timur laut Assam - menyangka wanita itu membawa banyak wang tunai dan mahu menjadi kaya dengan cepat dengan merompaknya.

Polis menemukan semula sebuah telefon bimbit curi dan wang tunai 20,000 rupee (RM1,135) daripada mereka. -Bernama