SEARCH

Warga emas dilapor hilang sejak Isnin ditemukan maut

22 Jul 2021 / 08:05 H.

KUANTAN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemukan maut di tebing sungai kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Tanjung Jati, Kuala Lipis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Zaradah Othman ditemukan oleh penduduk kampung pada 5.45 petang di tebing sungai Lubuk Telor dan identitinya disahkan oleh suami mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Zaradah berusia 72 tahun dilaporkan kali terakhir dilihat oleh jirannya berada di perkarangan rumah sekitar 5 petang Isnin, dan anak perempuannya membuat laporan kehilangan pada 8.50 pagi semalam, selepas usaha mencari mangsa tidak berjaya.

Mangsa difahamkan mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan selain memerlukan bantuan untuk bergerak.

Selain polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu penduduk kampung selain melibatkan anjing pengesan.

-Bernama

email blast