MINSK,: Menteri Luar Belarus Vladimir Makei (gambar) meninggal dunia pada usia 64 tahun, umum Kementerian Luar pada Sabtu, lapor Xinhua.

Jurucakap Anatoly Glaz mengumumkan perkara itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Makei memegang jawatan menteri luar sejak 2012. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai pembantu kepada Presiden Alexander Lukashenko dan ketua kakitangan presiden.

Lukashenko mengucapkan takziah kepada keluarga Makei, menurut pejabat presiden.

Makei dijadualkan bertemu Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Minsk pada Isnin.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata pegawai kementerian itu terkejut dengan berita kematian Makei.-Bernama