IPOH: Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.

Sepasukan polis forensik kini berada di rumah itu untuk siasatan lanjut, dan ada anggota serta pegawai penyiasat dilihat sedang mengambil keterangan beberapa ahli keluarga di lokasi kejadian.

Turut kelihatan di kawasan yang ditutup dengan garisan kuning polis itu adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image