KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Mutiara Raya, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata hasil siasatan dijalankan, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun ditahan pada 7.30 malam tadi di Taman Seri Aman, Cheras

Beliau berkata polis menerima makluman daripada anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Cheras pada 4 pagi itu, mengenai satu kes pergaduhan melibatkan dua mangsa lelaki tempatan.

“Mangsa cedera di bahagian leher, lengan dan tangan akibat pergaduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata usaha mengesan suspek utama pergaduhan itu yang dikenali sebagai Heranpal Singh Harjan Singh, nombor kad pengenalan 780628-06-5409 dan beralamat terakhir di No 241 Jalan Karak, 28400 Mentakab, Pahang, sedang giat dijalankan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image