PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menahan 1,741 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai lebih RM119 juta dalam menanggani 1,252 kes-kes jenayah yang dikesan di sempadan negara sepanjang tahun lepas.

Komander Briged Tenggara SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata antara kes-kes jenayah yang ditangani dalam Op Taring Wawasan 2023 itu termasuk berkaitan kemasukan pendatang tanpa izin, penyeludupan kontraban, senjata api dan dadah.

Beliau berkata dalam operasi tahun ini pula, sejak awal tahun hingga dua hari lepas 360 kes jenayah telah dibanteras, membabitkan tangkapan 340 individu, dengan nilai keseluruhan barang yang dirampas berjumlah hampir RM17 juta.

“Saya yakin dengan adanya 16 pos statik, sekat pintas, lima sekatan jalan raya (SJR) dan pasukan-pasukan serbuan, kes jenayah di sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api serta pendatang asing dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis iftar bersama petugas SJR Chabang 4 di Rantau Panjang, di sini, semalam.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image