KUALA LUMPUR: Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan kesahihan video bertajuk “7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia 1 Jan 2023”, seperti yang tular di media sosial.

MOF menegaskan tiada sebarang pengumuman bagi tujuh perkara seperti yang terkandung dalam video berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image