KOTA BHARU: Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar).

Beliau berkata perkara yang sedang disiasat dari pelbagai sudut, termasuk mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan penulis.

“Dia (penulis) itu hanya menulis dan dia tidak membuat laporan (polis) secara rasmi tetapi apapun kita tetap menyiasat perkara ini,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 22/2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Binjai di sini, hari ini.